Sunday, September 18, 2011

Beg Sampah berhantu

Kes buang anak lg.. tak abes2 dengan kes mcm ni,
walaupun kerajaan dah kuatkuasakan undang2 penjara utk orang yang buang anak,
kes yang sama tetap berulang.


GEORGETOWN: “Saya lihat beg di depan taska itu bergerak-gerak dan menyangka ada kucing cuba menggeledah sampah di dalamnya.

“Tergerak hati saya untuk mendekatinya dan terkejut apabila mendapati ada bayi di dalamnya,” kata seorang warga emas yang menemui bayi perempuan dalam sebuah beg mesra alam yang ditinggalkan berdekatan taska berhampiran Lebuhraya Babington di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 6.30 petang petang kelmarin, wanita berusia 64 tahun yang enggan dikenali dan bertugas sebagai penyelia sebuah asrama berhampiran menitiskan air mata melihat keadaan bayi itu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tergerak hati untuk melihat kandungan beg plastik berkenaan.


“Sebelum itu saya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia hanya sampah.


“Nasib baik saya terasa mahu menjenguknya. Memang Tuhan sudah takdirkan umur bayi itu masih panjang dengan menggerakkan hati saya menemui dan menyelamatkannya.

“Kalau saya tak pedulikannya atau tidak lalu kawasan itu, tak tahulah apa nasibnya, mungkin bakal jadi habuan anjing liar,” katanya.


Dia kemudian membawa bayi malang itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum membuat laporan di Balai Polis Datuk Keramat.

Difahamkan, bayi berkenaan berkulit cerah, cukup sifat, masih bertali pusat serta seberat 3.3 kilogram belum dapat dikenal pasti bangsanya dan dipercayai ditinggalkan di kawasan itu kurang daripada tempoh 24 jam.

Maaf copy paste dari Metro ajer... Berita penuh boleh dibaca disini, klik.

Aku pantang siket kes buang2 bayi ni

sbb aku sangat2 sukakan baby, dah la cute, nakal lak tu kn..

Gmbr google ajer...

Ni adek aku.. cute an.. -_-

Aku rase makin jauh

Kawan baek aku dan aku dah tak same kos.. Tak same bilik.. tak same tingkat...
Mujur lew same blok.. hmmm

Aku pon tatau ape akan jadi dengan kesudahan aku ngn dye...
Susah kalau orang yang kiter ade chemistry, mule pilih laluan yang lain dari kita..
Aku akan rase terasing...
walaupun dari jauh aku doakan semoga dia bahagia dengan pilihan dye..

Hidup aku di tempat baru,
Tak banyak beza dengan yang dulu, tapi jadual kelas banyak masa free,
ujung minggu balik umah...
*Seronok tapi sunyi.*
Perkataan yang paling tepat yang dapat aku gambarkan keadaan aku sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...