Tuesday, June 16, 2009

It Is A TrUE LoVE






TRUE LOVE

Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apa-apa,
hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik
bergembira dengan kekasih masing-masing.
Salleha : " Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat
bersama denganku. "
Salleh : " Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single, masih
tidak mempunyai pasangan sekarang." ( keduanya mengeluh dan berdiam beberapa
saat )
Salleha : " Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? "
Salleh : "Errr? Permainan apa? "
Salleha : "Ermmmmm... senang je. Apa kata kau jadi kekasih aku dan aku jadi
teman lelaki kamu tapi hanya untuk 100 hari saja..... camnerr okay tak? "
Salleh : " Baiklah... lagi pon aku belum ada aktiviti apa-apa untuk beberapa
bulan nie. "
Salleha : " Lerr... cam tak ikhlas jerr.... nak tak nak??... semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? "
Salleh : " Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalao tak salah citerr PGL
tengah now showing nie..... Ajebb ngan Adha cakap citernyer best tau.. dia orang
kasi 4 bintang lagi. "
Salleha : "OK sett!!!.... Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr... agak-agak kalau kita ajak sama Azmi ngan Lili tu dia nak tak??? "
Salleh : "Boleh juga..." ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh
menghantar Salleha pulang selepas itu ).


Hari ke 2 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan ketawa di kafe,
suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang amat romantik. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung
perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :
Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang
sahabat Salleh. Setelah penat berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk
membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka berehat dan duduk di foodcourt,
makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk
pertama kalinya.

Hari ke 7 :
Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana
tidak pernah bermain bowling sebelum ini. Salleh memicit-micit tangan Salleha
dengan lembut.


Hari ke 25 :
Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk
menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara
gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat
bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.


Hari ke 41 :
Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh.
Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam
hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima
kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The
World's Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh
menghadiahkan sebuah teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan
Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :
Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk "Fortune Telling". Sang peramal hanya mengatakan "Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang" kemudian peramal
itu menitiskan airmata.

Hari ke 84 :
Salleh mengusulkan agar mereka berhibur di pantai. Pantai Desaru kelihatan sepi
kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan
berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir
dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka
berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berjalan-jalan tanpa arah tujuan mengeliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs
Salleha : " Aku haus. Rest kejap okay. "
Salleh : " Tunggu disini, aku beli minuman dulu. I nak minum "Green Tea"; You nak minum apa? "
Salleha : " Biar I saja yang beli. U kan penat putar stering keliling bandar hari ini.
Sekejap yerr "
Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama
memandu.

1530hrs
Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba- tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.
Salleh : " Ada apa Cik? "
Orang asing : " Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam
temanmu tadi "Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur
terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang
botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha
ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang
duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri... sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs
Doktor Zuhana : " Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih
bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai
surat ini dalam kocek bajunya. "
Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada
Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha.
Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan
menggenggam tangan Salleha dengan erat.
Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh...
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah aku lalui
bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat
telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.
Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku
menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.
Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat panjangkan
hari-hari yang kita dapat bersama. Sama seperti yang aku ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.


2358hrs
Salleh : " Salleha, apakah kau tahu harapan apa yang ku ucapkan dalam hati ketika
meniup lilin hari jadiku? Aku pun berdoa agar Tuhan mengizinkan kita bersama-
sama selamanya. Leha, kau tidak boleh meninggalkan aku! Hari yang kita lalui baru
berjumlah 99 hari! Kau harus bangun dan kita akan melalui puluhan ribu hari
bersama-sama! Aku juga sayang padamu, Salleha. Jangan tinggalkan aku,
Ayang...jangan biarkan aku kesepian!, Aku sayang kamu...!"
Jam dinding berdentang 12 kali....jantung Salleha berhenti berdetak.
Hari itu adalah hari ke 100...

pesanan: Luahkan perasaanmu pada orang yang kau sayangi sebelum terlambat.
Kau tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi esok.
Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan meninggalkanmu dan tidak akan pernah
kembali lagi.

True love doesn't always have a happy ending, because true love never ends....

!!!!!!!!!
Be more concerned with your character
than your reputation, because your
character is what you really are,
while your reputation is merely what


Who Is my True love.....?

KIsaH CiNTa YaNg SuNGgUH MEnGhARuKAn...





satu kisah cinta biasa tapi mengetarkan sanubari...

> Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
> semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya
> ketika bersandar dibahunya.
>
> 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya
> harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya
> mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
> seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan
> halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
> sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak
> pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.
> Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana
> yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya
> terhadap cinta yang ideal.
>
> Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,
> bahawa saya inginkan penceraian.
>
> "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
>
> "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
> Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
> seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
>
> Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
> mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
> Dan akhirnya dia bertanya.
>
> "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung
> matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
>
> "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti
> akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga
> cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat
> gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk
> Siti?"
>
> Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya
> esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
>
> Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas
> dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
> bertuliskan...
>
> 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
> Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
> saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
>
> "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan
> akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang
> supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
>
> "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus
> memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu
> untuk Siti ketika pulang."
>
> "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada
> ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
> mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan
> membawa Siti pulang ke rumah."
>
> "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap
> bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut
> kaki Siti yang sengal itu."
>
> "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi
> 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
> dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar
> yang Abang alami."
>
> "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
> kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua
> nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
>
> "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,
> menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna
> bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
>
> "Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana,
> Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
>
> "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih
> daripada Abang mencintai Siti."
>
> "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata
> Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari
> tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
>
> Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
> kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
>
> "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
> puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di
> rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri
> di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati,
> sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan
> Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
> bahagia."
>
> Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya
> segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu
> dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
>
> Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari
> dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
> beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat
> memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu
> telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.



I like this story....Masih Wujud ke lelaki yang macam nie di dunia nie???



Friday, June 5, 2009

8 PeTAnDa Si DyE tUE SoULmATE KaMU




8 petanda si dia dicipta utkmu.........

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya.
Benarkah perkara seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia itu jodoh (soulmate) kita atau bukan? Baca lagi untuk mengetahui petanda-petandanya...

Petanda 1 - Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, baguslah... kerana adalah harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2 - Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Sekarang cuba perhatikan, apa gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya? Adakah setiap ucapannya selalu nampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3 - Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destinasi kebahagian kamu...

Petanda 4 - Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5 - Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat kembali... Adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Adakah dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6 - Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bermaksud yang dia boleh menerima kamu seadanya...

Petanda 7 - Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, contohnya masa kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya ditakdirkan untuk bersama!

Petanda 8 - Bila merasa rahsia kamu lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apa-apa darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bermaksud kamu telah menemui pasangan sejati kamu!

Apakah kelapan-lapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Nota: "Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung ,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisinya utk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...