Tuesday, June 16, 2009

KIsaH CiNTa YaNg SuNGgUH MEnGhARuKAn...





satu kisah cinta biasa tapi mengetarkan sanubari...

> Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
> semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya
> ketika bersandar dibahunya.
>
> 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya
> harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya
> mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
> seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan
> halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
> sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak
> pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.
> Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana
> yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya
> terhadap cinta yang ideal.
>
> Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,
> bahawa saya inginkan penceraian.
>
> "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
>
> "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
> Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
> seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
>
> Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
> mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
> Dan akhirnya dia bertanya.
>
> "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung
> matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
>
> "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti
> akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga
> cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat
> gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk
> Siti?"
>
> Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya
> esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
>
> Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas
> dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
> bertuliskan...
>
> 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
> Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
> saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
>
> "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan
> akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang
> supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
>
> "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus
> memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu
> untuk Siti ketika pulang."
>
> "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada
> ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
> mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan
> membawa Siti pulang ke rumah."
>
> "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap
> bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut
> kaki Siti yang sengal itu."
>
> "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi
> 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
> dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar
> yang Abang alami."
>
> "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
> kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua
> nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
>
> "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,
> menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna
> bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
>
> "Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana,
> Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
>
> "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih
> daripada Abang mencintai Siti."
>
> "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata
> Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari
> tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
>
> Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
> kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
>
> "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
> puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di
> rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri
> di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati,
> sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan
> Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
> bahagia."
>
> Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya
> segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu
> dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
>
> Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari
> dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
> beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat
> memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu
> telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.



I like this story....Masih Wujud ke lelaki yang macam nie di dunia nie???



No comments:

Post a Comment

Jum kekomen Sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...