Sunday, September 18, 2011

Beg Sampah berhantu

Kes buang anak lg.. tak abes2 dengan kes mcm ni,
walaupun kerajaan dah kuatkuasakan undang2 penjara utk orang yang buang anak,
kes yang sama tetap berulang.


GEORGETOWN: “Saya lihat beg di depan taska itu bergerak-gerak dan menyangka ada kucing cuba menggeledah sampah di dalamnya.

“Tergerak hati saya untuk mendekatinya dan terkejut apabila mendapati ada bayi di dalamnya,” kata seorang warga emas yang menemui bayi perempuan dalam sebuah beg mesra alam yang ditinggalkan berdekatan taska berhampiran Lebuhraya Babington di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 6.30 petang petang kelmarin, wanita berusia 64 tahun yang enggan dikenali dan bertugas sebagai penyelia sebuah asrama berhampiran menitiskan air mata melihat keadaan bayi itu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tergerak hati untuk melihat kandungan beg plastik berkenaan.


“Sebelum itu saya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia hanya sampah.


“Nasib baik saya terasa mahu menjenguknya. Memang Tuhan sudah takdirkan umur bayi itu masih panjang dengan menggerakkan hati saya menemui dan menyelamatkannya.

“Kalau saya tak pedulikannya atau tidak lalu kawasan itu, tak tahulah apa nasibnya, mungkin bakal jadi habuan anjing liar,” katanya.


Dia kemudian membawa bayi malang itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum membuat laporan di Balai Polis Datuk Keramat.

Difahamkan, bayi berkenaan berkulit cerah, cukup sifat, masih bertali pusat serta seberat 3.3 kilogram belum dapat dikenal pasti bangsanya dan dipercayai ditinggalkan di kawasan itu kurang daripada tempoh 24 jam.

Maaf copy paste dari Metro ajer... Berita penuh boleh dibaca disini, klik.

Aku pantang siket kes buang2 bayi ni

sbb aku sangat2 sukakan baby, dah la cute, nakal lak tu kn..

Gmbr google ajer...

Ni adek aku.. cute an.. -_-

2 comments:

  1. ish ish ish... Iejam pon tak suka dgn kes buang bayi nih... time nak buat anak pandai... time nak jaga xmau... maen buang bunag plak... kalau xnak, xpyh buang... hntr pergi umah anak yatim... terjaga la jugak... dah jenis tak reti sgt nak jaga anak...

    *emosional kejap

    ReplyDelete
  2. ish dia ni, orang nak anak dia senang2 je nak buang... nauzubillah...

    ReplyDelete

Jum kekomen Sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...