Monday, April 25, 2011

Tips Tengok Cuaca



Untuk anak emak macam aku, nak keluar dating pun kene set seminggu awal, kene tanye emak, abah, adik2 supaya hari bullshit hepi2 tu takder aral melintang punyeee...
Tapi macam mane pulak kalau Tuhan nak uji jugak? Dengan hujan. Jadi hari ini aku nak bagi petua la macam mane nak tengok cuaca.

Awan Cirrocumulus- Awan ini berbentuk seperti satu gumpalan kecil yang berwarna putih. Ia juga biasanya akan berada di dalam satu barisan yang panjang. Sekiranya awan seperti ini ada di tempat yuoll, ia menunjukkan keadaan cuaca yang cerah dan sejuk. Cuaca ini amat sesuai untuk yuoll merancang aktiviti rekreasi di luar. Contohnyee mandi air terjun atau main salji air laut.


Awan Cirrostratus- Awan ini pula kelihatan seperti suatu hamparan tikar yang besar meliputi seluruh langit.Ia juga menunjukkan isyarat bahawa hujan berkemungkinan akan turun dalam masa antara 15-25 jam lagi. Oleh itu jangan risau... Sempat lagi kalau yuoll nak dating meeting setakat 4 5 jam an.



Awan Cumulonimbus- Awan ini pula lebih kelihatan berbentuk seperti gunung atau menara. Keaadaannya juga kelihatan lebih padat daripada awan yang biasa. Awan ini menunjukkan bahawa kemungkinan hujan lebat berserta guruh dan kilat atau hujan sehaja akan melanda di tempat sendiri. Jangan Lupa Sediakan kereta payung sebelum hujan yerrr...


Awan Cirrus- Keadaan awan ini kebiasaannya berbentuk tirus dan nipis. Ia juga boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Sekiranya awan berbentuk ini berada di kawasan anda, berkemungkinan besar tempat anda akan menghadapi ribut. Jadi jage-jage, pastikan anda bawa peralatan lengkap kalau nak pergi jugak.... atau batalkan perjalanan demi keselamatan.



Awan Cumulus humilis- Awan ini lebih berbentuk seperti gumpalan kecil dan perkembangan menegaknya agak minimum. Tidak seperti awan yang berbentuk gunung tadi yang boleh dilihat dibahagian atas. Awan ini pula menunjukkan isyarat bahawa cuaca bereda di dalam keadaan yang baik.







No comments:

Post a Comment

Jum kekomen Sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...